BAB 5:RUSUHAN ANTARA KAUM 13 MEI 1969

BAB 5:RUSUHAN ANTARA KAUM  13 MEI                   1969

PENGENALAN

PERISTIWA RUSUHAN ANTARA  YANG BERLAKU PADA 13 MEI 1969 SELEPAS PILIHAN RAYA 1969.IA ADALAH SEJARAH HITAM DALAM SEJARAH MALAYSIA.

Parti perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya 1969 yang mengakibatkan Parti Perikatan hilang 2/3 dalam dewan rakyat.





-Punca peristiwa ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang pada 11 jan dan 12 mei 1969 yang sesetengahnya tanpa izin pihak polis.Parti Gerakan dan DAP mengutuk dan menghina orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan raya kuala lumpur.

Related image

 -KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN 

  berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

  • Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan, majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor . 
  • Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
  • Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan. Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
  • REGIMEN RENJER

    • Pasukan FRU(Federal Reserve Unit) di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. 
    • Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
    • Image result for askar melayu 13 1969
    • ASKAR MELAYU
      • Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
      • Image result for askar melayu 13 1969
      • Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen beberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut.

    • ANGKA KORBAN

    • Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah (spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh).

    • Image result for angka korban 13 mei 1969
    • TUNKU ABDUL RAHMAN

    • Pada 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .
    • Encik Mansor( Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur) memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk.  Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.



Related image




Faktor yang menyumbang kepada peristiwa ini adalah 

-Penduduk Jepun Di tanah Melayu
-Peninggalan penjajahan inggeris yang mengamalkan  dasar pecah dan perintah
-Layanan berat sebelah ini telah membuatkan kaum cina dan melayu saling bermusuhan.
-Perbezaan agama dan budaya




-

















Sistem pendidikan yang berbeza:


-Melayu:menekankan kemahiran menulis membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat sekolah rendah.
-Cina dan India:mengambil kokurikulumm,guru-guru dan buku teks dari negara asal.hanya dapat dinikmati oleh kaum cina dan india yang tinggal dibandar sahaja.




-Selepas merdeka dasar ini dikecam oleh pihak bukan melayu kerana merasakan terlalu mengutamakan bahasa melayu.

-Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung pula tidak puas hati kerana kerajaan tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar.

-Berkat perjuangan daripada beberapa tokoh,gagasan unversiti kebangsaan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar pada 18 mei 1970.

-Kaum cina tidak berpuas hati dan mahu menubuhkan universiti merdeka dan kerajaan memberikan kebenaran kepada MCA untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR).


(Universiti Kebangsaan) 

KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Sosial
  • Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. 


POLITIK
  • Zaman Inggeris menggubal sistem masyarakat negara ini yang taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami perubahan yang drastik.
  • Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara.
  • Penjajah Inggeris menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan diikuti sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.




KESAN EKONOMI


Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang.

Penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

British mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. 

Ini menyebabkan mereka tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain serta tidak dapat berinteraksi dengan baik seterusnya mengakibatkan kesukaran trewujudnya perpaduan kaum.

Jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. 

Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.



KESAN PENDIDIKAN


  • Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.



Comments

Popular Posts