BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)

PENGENALAN

Sistem perundangan di tanah air telah melalui satu proses yang panjang.sebelum kedatangan barat lagi,masyarakat tanah melayu telah pun mempunyai sistem perundangan sendiri.dalam hal ini,negeri di semenanjung tanah melayu menggunakan undang-undang adat melayu sementara di sabah dan sarawak dikenali sebagai undang-undang adat bumiputera.pada era tradisional,terdapt dua kategori perundangan melayu yang berasakan dua sistem adat,iaitu adat temenggungu dan adat perpatih.

Legislatif adalah antara jentera dalam amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara. Mengikut Webstar’s Third New International Dictionary, dewan perundangan merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang. Khususnya ia merupakan satu organisasi yang mempunyai kewibawaan untuk membuat undang-undang bagi sesuatu unit politik. Walau bagaimanapun antara satu negara dengan negara yang lain di dalam sesebuah negara moden pada hari ini tidak semua badan ini menjalankan fungsi yang sama. Ini bergantung kepada bagaimana perlembagaan negara itu dibentuk.




Tugas-tugas Badan Legislatif

1. Pentadbiran  
   Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.

  2. Kewangan
    Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan. Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak. Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan perundangan.

 3. Pengendalian Ketidakpuasan 
    Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.

PERINGKAT PERSEKUTUAN

dalam melaksanakan kuasa legislatif atau perundangan, parlimen memainkan peranan yang amat penting,fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalakan.struktur parlimen malyasia mengandungi komponen


                      Yang di-Pertuan Agong
                                Dua Majlis         
                               Dewan Negara
                                                                                                        
                                                  Dewan Rakyat



PARLIMEN

1.Badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan  membuat undang-undang yang boleh dikuatkankuasakan di seluruh negara.Tugas badan perundangan adalah meluluskan undang-undang persekutuan,membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan,memeriksa dasar-dasar kerajaan,meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai.

2.Dewan negara dijadikan tmpat forum perbincangan perkara yang berkaitan kepentingan orang ramai.Bilangan ahli dewan tidak melebihi daripada 70 orang ahli pada satu-satu masa dengan kadarnya.layak untuk menjadi ahli jika berwargangara malaysia,berumur tidak kurang dari 30 tahun,sempurna akal dan bukan seorang yang muflis.dewan rakyat diaggotai seramai 222 2orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya.mana-mana jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah yang merupakan keistimewaan parlimen.




CONTOH - CONTOH DEWAN PARLIMEN


  Kedudukan Dewan Parlimen




  Keadaan di dalam Dewan Parlimen




Ketua pentadbiran parlimen
- jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005
- tugas – meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus
- ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM



DEWAN NEGARA

bilang ahli dewan negara adalah tertakluk kepada fasal(1) perkara 45,perlembagaan persekutuan,
(a) Ahli tidak melebihi daripada 70 orang ahli pada satu-satu masa,dengan kadarnya seprti berikut:
(b) 2 orang ahli sebgai wilayah persekutuan kuala lumpur, seorang ahli bagi wilayah persekutuan labuan,seorang ahli bagi wilayah persekutuan putrajaya
(c) 2 orang ahli bagi setiap negeri yang dipilih mengikut jadual ketujuh
(d) 4 orang ahli  yang dilantik oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong
(e) 4 orang ahli yang dilantik oleh seri paduka baginda yang di-pertuan agong
(f)Ahli dipanggil senator

(e)DUN setiap negeri akan memilih 2 senator 
(f)senator dilantik kerana banyak berjasa atau cemerlang dalam bidang awam
(g)Tempoh perkhidmatan maksimum 3 tahun bagi setia 2 penggal

(h)Berumur 30 tahun ke atas  untuk menjadi ahli

(i)Membaca angkat sumpah sebanyak 3 kali

FUNGSI
Related image
                                  

                              Image result for dewan negara malaysia
                                                       (DEWAN NEGARA)
Image result for ahli dewan negara 2017
                                                             (Ahli Dewan Negara)


DEWAN RAKYAT
-Bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia
-Membaca angkat sumpah sebanyak 3 kali
- keanggotaan adalah 222 ahli yg dipilih melalui PRU 
- terdiri daripada anggota sesebuah parti atau parti bebas
- hanya ahli sahaja yg boleh menjadi Perdana Menteri
-Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen
- membahaskan hal dan masalah rakyat
- menyemak dan membahas dasar kerajaan
- menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan

FUNGSI
Related image

TUGAS
-Menjadi pengerusi persidangan
- menjaga tatatertib anggota
- memaklumkan kekosongan kerusi kepada SPR
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- menguruskan pentadbiran DR
-menyediakan penyata rasmi DR
- beliau hanya boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
-berumur 21 tahun keatas untk menjadi ahli

Image result for dewan rakyat

                                            (DEWAN RAKYAT)


Related image

                               (Ahli dewan Rakyat)

Dewan Undangan Negeri(DUN)

 -Terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri.
-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.
- Ahli Dewan Undangan Negeri akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut.
-Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri.
- Plihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa 60 hari selepas pembubaran.
-Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa.
-Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli mesti mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. 
- Ahli hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

Image result for dewan undangan negeri

                                                     (Dewan Undangan Negeri)
Image result for ahli dewan undangan negeri
                                                      (Ahli Dewan Undangan Negeri)

FUNGSI
-Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.
-Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
-Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
-Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
-Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
-Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

Comments

Popular Posts